Anwarekonomi

Kerjasama dengan Elon Musk bawa puluhan ribu peluang pekerjaan di Malaysia – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama kerajaan Malaysia dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX, Elon Musk akan membuka puluhan ribu peluang pekerjaan tenaga mahir di negara ini.

Beliau berkata, ia susulan persetujuan diberikan Musk untuk melabur secara besar-besaran di Malaysia termasuk membuka ibu pejabat Tesla Inc di Cyberjaya.

Anwar berkata, perkara itu dimaklumkan Musk kepadanya dalam persidangan video pada Jumaat yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

“Beliau juga bersetuju menjalin kerjasama dengan kerajaan melibatkan syarikat SpaceX (miliknya) dalam perkhidmatan satelit Starlink serta kenderaan elektrik (EV).

“Malah tiga syarikat Malaysia akan terlibat dalam projek bersama SpaceX‚Ķ Elon dalam pertemuan tadi menyatakan akan adakan kunjungan ke negara ini dalam masa terdekat,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak, hari ini.

Anwar berkata, pertemuan dengan Musk adalah satu perkembangan yang cukup baik kepada negara terutama dalam bidang EV.

“Selain itu, tentang (perkhidmatan satelit) Starlink, ia melibatkan akses kepada internet, ketersalinghubungan, kita bersetuju (kerjasama ini) akan memberi ruang kepada semua kawasan luar bandar, sekolah-sekolah dan universiti untuk mendapatkan direct internet yang murah.

“Malah Elon nyatakan dalam hal ini (Starlink) walaupun 40 (satelit) disediakan awal tapi beliau beri pengakuan sebentar tadi untuk keutamaan diberikan kepada Malaysia,” kata Perdana Menteri.

Pertemuan maya Anwar yang turut disertai Tengku Zafrul dan Fahmi bersama Musk pada Jumaat yang bermula jam 9.30 pagi berlangsung selama kira-kira 25 minit.

Related Articles

Back to top button