hiburan

Fahmi utus ucapan takziah buat keluarga Fairuz Misran

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi Fairuz Misran yang meninggal dunia semalam.

Ucapan itu dikongsikan Fahmi menerusi satu hantaran di laman Facebooknya petang semalam susulan berita kematian penyanyi yang mempunyai suara dan wajah seakan seniman agung Tan Sri P Ramlee pada era kini.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham Fairuz Misran yang terkenal dengan gaya Tan Sri P.Ramlee yang telah meninggal dunia hari ini.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya.

Berita pemergian Fairuz dikongsi abangnya Ruzaidi Misran menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam .

Allahyarham dilaporkan rebah di kediamannya pada pukul 1.10 tengah hari tadi dan dikejarkan ke Hospital Labuan sebelum disahkan meninggal dunia pukul 1.50 tengah hari.

Allahyarham Fairuz dilahirkan di Sandakan, Sabah tetapi dibesarkan di Kimanis, Papar dan kemudian menetap di Labuan.

Pada usia 17 tahun Allahyarham menyertai pertandingan Bintang P Ramlee di Membakut dan mendapat tempat pertama manakala pada 2010 beliau memenangi Johan Bintang P Ramlee Zon Sabah dan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan.

Allahyarham merupakan juara bintang P Ramlee peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) pada 2012 dan sejak itu bakat beliau mula menyinar.

Related Articles

Back to top button