Politik

ADUN Suka Menanti dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah

 

Zamri Yusuf dilantik menggantikan  Johari Abdul yang kini diangkat sebagai Speaker Dewan Rakyat

AHLI Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf diumumkan
sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang baharu
berkuat kuasa 1 Feb lalu.  

Perkara itu diumumkan Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat pada Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman pada Isnin.

Pelantikan
Zamri yang merupakan Ketua Cabang KEADILAN Alor Setar itu bagi
mengantikan Datuk Johari Abdul yang mengumumkan pengosongan serta merta
kerusi DUN Gurun pada 18 Disember lalu.

Ia selepas beliau dicalonkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu.

Sementara
itu pada persidangan DUN Kedah semalam Juhari turut memaklumkan status
kerusi DUN Gurun yang akan dikosongkan sehingga penggal ini berakhir
tidak lama lagi.

Beliau turut mengumumkan bahawa bekas Pengerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah yang juga ADUN Alor Mengkudu, Datuk
Phahrolrazi Mohd Zawawi yang sebelum ini dipecat partinya kini menjadi
merupakan ADUN Pakatan Harapan (HARAPAN) mewakili KEADILAN.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button