Pengumuman inisiatif Hari Pekerja PM Anwar bantu para pekerja – Menteri Komunikasi

Oleh: Tyah Helmi
KKUALA LUMPUR: Pengumuman inisiatif bersempena Sambutan Hari Pekerja 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan banyak membantu meningkatkan sokongan buat para pekerja lebih daripada RM710 juta.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang berkata, peruntukan itu bakal dikendalikan oleh PERKESO, HRD Corp, dan Talent Corp turut memberi tumpuan kepada aspek kebajikan, malah turut memperluas sokongan terhadap pembangunan kerjaya pekerja.
“Saya ingin mengumumkan daripada Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jumlah dana yang disediakan untuk membantu peningkatan sokongan buat para pekerja lebih pula RM710 juta yang akan dikendali oleh pihak PERKESO, HRD Corp, Talent Corp dan ini amat diadu-adukan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah Majlis Sambutan Hari Pekerja 2026 peringkat kebangsaan di Unifi Arena, Bukit Jalil pada Jumaat.
Pada masa yang sama, Fahmi turut menzahirkan setinggi- tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh figura, syarikat dan komuniti yang berjaya merangkul kejayaan di setiap kategori anugerah pada Hari Pekerja.
“Saya turut sangat berbangga kerana rakyat-rakyat media termasuk Saundara Terence yang buat pertama kali saya lihat beliau memakai baju sut dan tali leher dan menjadi tokoh pekerja media yang terbaik negara.
“Saya sangat berbangga, saya kenal beliau dalam masa yang sangat lama dia memang seorang pekerja yang sangat baik.
“Tahniah juga untuk Radio Television Malaysia (RTM) yang dinobatkan sebagai media
terbaik bagi tahun ini dan saya turut berbangga kerana Telekom Malaysia dan juga TNB turut menerima anugerah dua badan ini, badan berkandung ini dan syarikat berkaitan kerajaan ini kedua-dua GLC yang berpangkalan di luar pantai
“Jadi sangat berbangga harapan saya mesej daripada Perdana Menteri agar syarikat-syarikat besar dapat meneliti apa bantuan sembungan terutama aspek gaji dan perlindungan buat para pekerja dapat ditingkatkan dan tanpa menjejaskan keuntungan yang boleh melalui usaha menaklelah para pekerja sendiri,” katanya.
Inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Sambutan Hari Pekerja 2026 hari ini disifatkan sebagai langkah tepat dalam memperkukuh kebajikan serta perlindungan golongan pekerja di negara ini.



