Umum

Individu dilantik isi jawatan GLC mesti bawa impak positif

Individu dilantik mesti atas kelayakan diri

PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) negeri Perak tidak mahu tergesa-gesa
mahu tergesa-gesa mengisi kekosongan lantikan politik dalam syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu.

Pengerusi Parti Keadilan
Rakyat (KEADILAN) negeri, Chang Lih Kang dalam satu program ketika
mengadakan lawatan kerja ke Ipoh pada Ahad berkata,  pihaknya sedang
dalam proses perbincangan namun memerlukan lebih masa untuk memastikan
individu yang dilantik benar-benar berpengalaman dan berupaya memberi
nilai tambah kepada pembangunan GLC itu sendiri.
Chang yang juga
Menteri Teknologi dan Inovasi berkata,  banyak faktor perlu diambil
kira termasuk jawatan yang boleh diisi dan kelayakan individu dipilih.
“Kita belum ada lantikan lagi, tetapi saya boleh katakan proses ini sedang dijalankan dan diselesaikan dalam masa terdekat.
“Selepas
mendapat senarai jawatan yang boleh diisi, kita akan bincang antara
parti dahulu dan selepas itu barulah hantar senarai kepada menteri
besar. Semua lantikan dan persetujuan adalah kuasa menteri besar.
“Proses
ini ambil masa kerana kerajaan masih baru lagi, kita perlu beri ruang
kepada semua parti untuk melantik orang yang betul-betul ada
pengalaman,” katanya ketika ditemui pemberita.
 
Media sebelum ini
melaporkan, HARAPAN diberikan 65 peratus kuota untuk diisi ketiga-tiga
komponen parti bagi semua jawatan lantikan politik di negeri ini dan
selebihnya akan diisi BN yang merupakan gabungan di dalam kerajaan
negeri.
Pada Februari lepas, kerajaan Perak meluluskan pelantikan
286 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuat kuasa sehingga 15
Februari tahun hadapan.
Pelantikan atas kuota politik di semua
15 PBT itu membabitkan 215 kalangan ahli majlis lelaki, manakala 71 lagi
iaitu 25 peratus adalah wanita.
 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button