Politik

Tuduh KEADILAN lawan Al-Quran: Abdul Hadi jangan main politik sempit


Apakah tuduhan dilempar Abdul Hadi Awang sebenarnya percubaan memperdaya dan memperbodoh orang Melayu kononnya hanya mereka sahaja yang perjuangkan Islam

KENYATAAN Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) melawan Al-Quran disifatkan satu serangan fitnah berniat jahat terhadap ahli dan parti itu.

KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Abdul Hadi itu yang dimuat naik di ruangan minda presiden PAS melalui laman sosialnya. 

“Ahli KEADILAN terdiri daripada berbilang kaum dan budaya, namun bagi ahli yang beragama islam,kami dididik di dalam parti supaya patuh kepada ajaran Al-Quran.

“Bahkan setiap dasar parti yang diputuskan oleh pimpinan tertinggi parti sentiasa dirujuk kepada cendikiawan islam yang bersama-sama dalam saf kepimpinan parti,” tegasnya.

Menurut kenyataan itu lagi, dasar-dasar KEADILAN juga didokong oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan pro-Islam yang ternama seperti ABIM, malah parti itu juga sering menganjurkan program-program berbentuk keagamaan untuk ahli mereka.  

“Justeru atas dasar apa tuduhan seperti itu dilempar? 

KEADILAN Kemaman mendesak Presiden PAS menarik semula tuduhan yang sama sekali tidak berasas seperti ini.

“Sentimen agama yang sempit tidak ada ruang di dalam negara ini selaras dengan Malaysia Madani yang menekankan kesederhanaan dan juga toleransi sesama islam dan bukan islam,” kata kenyataan itu. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button