Global

Anwar tak retorik, buktikan mampu bawa pelabur kembali ke M’sia

Adakah pemimpin pembangkang boleh lakar kejayaan sama?
HANYA beberapa bulan selepas dilantik mengetuai pentadbiran Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya mengotakan janjinya untuk menarik semula pelabur ke dalam negara. 

Malaysia, perdana menteri mengumumkan komitmed pelaburan bernilai RM170 bilion telah diperoleh dari china hasil lawatan Rasminya ke republik itu. 

Komitmen pelaburan terbesar pernah diperoleh negara itu hasil daripada 9 Memorandum Persefahaman (MoU) berkait perniagaan dan pelaburan dimeterai antara China dan Malaysia.

Anwar ketika mengulas kejayaan itu berkata, apa yang lebih bermakna adalah pencapaian tersebut merupakan bukti keyakinan semula pelabur terhadap Malaysia. 

“Kita telah mencapai komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion dari China. Ini adalah acara bersejarah. Ia baik untuk Malaysia dan masa depan.

“Saya perlu berterima kasih kepada para pelabur kerana memberikan kerjasama mereka dan keyakinan terhadap kita,” katanya ketika mengumumkan perkara itu pada Forum Perniagaan Malaysia-China yang dihadiri kira-kira 1,000 pemimpin perniagaan dari kedua-dua negara, di Beijing hari ini.

Terdahulu, dalam ucaptama pada forum itu, Anwar menggesa pelabur dan pemimpin perniagaan China agar memanfaatkan hubungan dua hala yang kukuh serta merebut peluang luas ditawarkan oleh kerajaan semasa untuk melabur di Malaysia

Perdana Menteri kini pada hari terakhir dalam lawatan tiga hari ke sini untuk meningkatkan hubungan politik dan perdagangan dua hala yang strategik dengan China.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button