Parlimen

Kerajaan perluas elaun ‘on call’ kepada pegawai perubatan

KERAJAAN
bersetuju untuk memperluas elaun ‘on call’ kepada pegawai perubatan di
enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis bagi menangani
kesesakan di hospital.

Pentadbiran Anwar usaha yang terbaik untuk semua

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada
Selasa berkata, peluasan elaun itu turut dipanjangkan merangkumi hari
kelepasan mingguan.
 
“Kerajaan bersetuju bahawa elaun tugas
pegawai perubatan selepas waktu pejabat yang ‘on call’ di klinik
kesihatan dan jabatan kecemasan hospital dan waktu peluasan dipanjangkan
merangkumi hari kelepasan mingguan.
“Saya juga telah mengarahkan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) untuk
mengkaji kemudahan ini supaya ia dipanjangkan kepada semua selain
pegawai perubatan,” katanya menjawab soalan tambahan Wilfred Madius
Tangau (HARAPAN-Tuaran).
Bekas Presiden Pertubuhan Kinabalu
Progresif Bersatu (UPKO) itu sebelumnya mahu tahu sama ada kerajaan
bercadang untuk menaikkan jumlah elaun ‘on call’ kepada doktor.
Sementara
itu, Perdana Menteri berkata, walaupun kadar semasa elaun ‘on call’
adalah bersesuaian, ia perlu ditambah kerana ketika ini, elaun itu tidak
merangkumi kepada pegawai perubatan yang bertugas di klinik kesihatan
atau jabatan kecemasan hospital.
“Kadar semasa elaun tugas on
call sama ada berkhidmat secara tetap atau kontrak yang diarah
menjalankan tugas panggilan selepas waktu bekerja biasa di hospital
kerajaan, hospital universiti, hospital Angkatan Tentera Malaysia atau
hospital klinik desa, masih bersesuaian dengan penetapan kadar mengikut
hari tugas jam.
“Ia masih bersesuaian berbanding dengan kadar elaun-elaun lain yang diterima oleh perkhidmatan lain,” jelasnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button