Sukan

KBS tak kompromi perbuatan ancam atlet

KEMENTERIAN
Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti ancaman siber yang didakwa dibuat
terhadap pemain badminton profesional negara Soong Joo Ven

Persekitaran sukan selamat mesti diwujudkan

Menterinya,
Hannah Yeoh berkata, pihak kementerian tidak akan bertolak ansur kepada
sebarang bentuk gangguan dan penderaan yang ditujukan kepada mana-mana
ahli sukan negara ini.

Hannah berkata, buli siber turut diliputi
dalam Kod Sukan Selamat, yang merupakan garis panduan untuk mewujudkan
persekitaran sukan selamat yang menjadi peranan dan tanggungjawab semua
pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan dan penderaan.

“Kod Sukan Selamat adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, ia meliputi ancaman dalam talian.

“Kami belum berbincang lagi dengan pegawai keselamatan kes ini, saya tidak tahu pun mengenai kes ini.

“Tetapi
kita akan kaji selepas ini. Kita akan senaraikan cara untuk memudahkan
(atlet) membuat aduan… jika ada aspek jenayah, polis akan siasat,”
katanya ketika pelancaran direktori kemudahan sukan di Kementerian Belia
dan Sukan di Putrajaya.
 
Media sebelum ini melaporankan Joo Ven
menerima mesej ugutan dan biadap di media sosial selepas tersingkir di
pusingan kelayakan Madrid Spain Masters pada Selasa lepas.
 
Malah ada yang menuduh dia mengatur perlawanan selepas tewas kepada wakil Denmark, Magnus Johannesen.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button