Nasional

Laporan akhir insiden Sabah Air akan didedahkan, kata PM

LAPORAN
akhir siasatan nahas pesawat Sabah Air pada 1976 yang mengorbankan
Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephens bersama rombongan akan
didedahkan kepada umum minggu depan.

PM Anwar tamatkan misteri insiden ‘Double Six’

Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan berhubung tragedi yang
digelar ‘Double Six’ kerana berlaku pada 6 Jun 1976 telah
dinyahklasifikasi mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

Keputusan
itu juga jelas Anwar dibuat seepas mengambil kira tuntutan oleh
keluarga waris selain pandangan rakyat Sabah yang inginkan maklumat
terperinci berhubung kejadian berkenaan.

“Mengambil
kira sentimen dan sensitiviti rakyat khususnya di Sabah berhubung
insiden yang berlaku pada 47 tahun lalu, Jemaah Menteri telah memutuskan
untuk mendedahkan laporan akhir nahas udara itu.

“Laporan
penuh berhubung nahas Sabah Air akan dihebahkan kepada umum pada minggu
depan melalui kenyataan rasmi kerajaan dan Kementerian Pengangkutan,”
katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pad
Rabu.

Anwar juga berkata, pengumuman itu selari dengan dasar keterbukaan dan ketelusan diamalkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya.  
 
Dalam
kejadian tersebut, pesawat Nomad 9M-ATZ keluaran Australia yang
dikendalikan Sabah Air terhempas di daerah Sembulan, ketika menghampiri
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelas
orang terkorban termasuk Tun Fuad Stephens, menteri negeri Datuk Salleh
Sulong, Datuk Peter Mojuntin dan Chong Thien Vun.

Antara
lain yang turut terkorban ialah Pembantu Menteri Darius Binion,
setiausaha tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Wahid Peter Andau,
Isak Atan setiausaha peribadi Tengku Razaleigh Hamzah, yang ketika itu
merupakan Menteri Kewangan, Kpl Said Mohammad (pengawal peribadi kepada
Fuad), juruterbang Kapten Gandhi Nathan dan anak sulung Fuad Johari
Stephens.

Pada
8 Mac lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi di Sabah memerintahkan
Putrajaya mengambil langkah perlu untuk dinyahklasifikasi berhubung
insiden tersebut. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button