Negeri

Geely bakal bangun AHTV di Perak, hasil lawatan PM ke China

LAWATAN rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China baru-baru ini berjaya membawa pelaburan impak tinggi ke negeri Perak.

Usaha Perdana Menteri ternyata untungkan rakyat

Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, syarikat
automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) akan
melabur RM30 bilion bagi pembangunan dan pengkomersialan Lembah
Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
Pelaburan itu juga menurut Lih Kang, akan membuka lembaran baharu ekosistem penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia
“AHTV
itu akan merangkumi rantaian nilai automotif dan mobiliti meluas,
merangkumi pusat penyelidikan, pembangunan global berteknologi tinggi,
perkhidmatan sokongan dan ekosistem berkaitan untuk industri kenderaan
tenaga baharu di Malaysia,” katanya pada Khamis.
Difahamkan pelaburan itu adalah komitmen pelaburan berjaya diraih Perdana Menteri dalam lawatan baru-baru ini.
Pada
lawatan itu, 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara
syarikat Malaysia dan China sekaligus meraih komitmen pelaburan
tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur negara
itu.
Selain Geely, Li Kang turut memaklumkan, dua lagi syarikat
pengeluar EV akan datang melawat Malaysia pada Sabtu ini bagi menerokai
peluang pelaburan.
Menurutnya, dua syarikat berkenaan tidak
termasuk dalam komitmen pelaburan berjumlah RM170 bilion yang
dipersetujui Malaysia-China dalam lawatan Perdana Menteri sebelum ini.
“Dua syarikat itu adalah China Harmony Auto Holding Limited dan GAC Aion New Energy Automobile Limited.
“Setakat ini tiada nilai pelaburan kerana kedua-dua syarikat itu datang bagi meneroka peluang perniagaan,” katanya.
Lih
Kang turut memaklumkan, selain pelaburan di Perak, MOSTI turut menerima
pelaburan berjumlah RM2.5 bilion dari DC-Sciences Co Ltd, syarikat dari
China untuk pembangunan pusat data di Sedenak, Johor.
Sebagai
rekod, pada kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Anwar yang ketika itu
bertanding di Parlimen Tambun berkata, beliau mahu ‘melahirkan semula’
Perak sebagai wilayah ekonomi seiring Selangor, Negeri Sembilan dan
Pulau Pinang.
Untuk itu jelasnya, beliau akan berusaha membawa lebih banyak pelaburan berimpak tinggi ke negeri itu. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button