Nasional

Jadikan kepelbagaian asas kekuatan, pesan Perdana Menteri

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan hasrat supaya perayaan dan budaya yang pelbagai di negara ini akan menjadi mengikat persaudaraan seluruh lapisan masyarakat rakyat Malaysia.

Menerusi catatan di Facebook, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu berkata setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan memastikan nilai kepelbagaian terus utuh dengan kasih sayang.

“Tugas kita adalah memastikan nilai kebhinekaan (kepelbagaian) ini mesti terus utuh dengan kasih sayang dan sikap keprihatinan yang tinggi,” katanya.

Catatan itu dimuatnaik Anwar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Kota Kinabalu semalam.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datuk Seri Juliah Salag selain lebih 20,000 tetamu.

Melalui catatan serupa, Anwar juga mahu masyarakat terus menyemarakkan cahaya dan nilai murni Aidilfitri sepanjang Syawal yang sedang diraikan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button