Nasional

Konvensyen perpaduan akan berjalan dalam semangat kekeluargaan

PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), menyatakan keyakinan perhimpunan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang akan berlangsung pada 14 Mei depan akan berlangsung dalam suasana kekeluargaan.

Anwar dijangka sampaikan amanat  

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri berkata, konvensyen melibatkan parti-parti politik itu bertujuan untuk memantapkan barisan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Insya-ALLAH parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan akan berkumpul dalam suasana kekeluargaan yang erat pada Ahad ini bagi memantapkan barisan kepimpinan dan jalan ke depan demi Malaysia dan rakyatnya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Lebih 10,000 perwakilan dan penyokong daripada 19 parti dalam gabungan kerajaan akan berhimpun buat julung kalinya dalam konvensyen yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Konvensyen bertemakan ‘Madani: Mengangkat Agenda Rakyat’, perhimpunan berkenaan turut melibatkan dua persidangan serentak iaitu Konvensyen Nasional Pemuda dan Puteri serta Konvensyen Wanita yang akan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Acara kemuncak konvensyen akan berlangsung pada jam 2 petang dengan dihadiri semua presiden parti gabungan utama HARAPAN, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selain beberapa parti komponen lain.

Anwar yang juga Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan kemudian dijangka akan memberi amanat seterusnya diakhiri dengan deklarasi konvensyen.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button