Pilihanraya

Pembahagian kerusi PH N.Sembilan selesai – Aminuddin

PERBINCANGAN mengenai agihan kerusi melibatkan parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)  Negeri Sembilan kini di peringkat akhir.

PH dijangka bakal kekal pentadbiran negeri

Perkembangan itu didedahkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Negeri pada Rabu.

Tambah Naib Ppresiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, hasil perbincangan yang bakal dicapai kelak akan diserahkan kepada Majlis Presiden HARAPAN untuk dimuktamadkan.

Sementara itu, Aminuddin ketika ditanya mengenai agihan kerusi bersama Barisan Nasional (BN) untuk PRN negeri berkata ia bergantung kepada perbincangan di peringkat pusat.

“Perbincangan itu bukan hanya di negeri ini tetapi melibatkan keseluruhan enam negeri yang akan menghadapi PRN,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu.

Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) HARAPAN dan BN tidak berdepan masalah untuk mengekalkan penguasaan di negeri itu.

PH memenangi 20 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala baki dimenangi BN.

Kedua-dua gabungan itu kini bekerjasama susulan jajaran baharu politik negara pasca PRU-15 lalu. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button