Sukan
Hannah gembira dengan prestasi Atlet di Sukan SEA
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti prestasi cemerlang yang
ditampilkan atlet di Sukan SEA bagi peruntukan dana dalam memastikan
pembangunan dan kecemerlangan sukan dapat diteruskan.
KBS usaha tambah dana untuk kecemerlangan sukan |
Menterinya,
Hannah Yeoh berkata begitu kepada pemberita pada Bengkel Serantau
YSEALI Game Changers di Kuala Lumpur pada Khamis susulan

pencapaian atlet muda negara di Sukan SEA, Kemboja yang dianggap membanggakan.
“Kita
akan meneliti data yang ada selepas semua selesai dan membuat kajian
untuk melihat atlet cemerlang dalam suatu sukan, adakah ia disebabkan
jurulatih atau latihan luar negara, dan pada yang menang sukan itu kita
akan letak lebih banyak dana untuk pembangunan sukan tersebut,” katanya.

Menyentuh
mengenai prestasi atlet negara di kejohanan Sukan SEA itu, Hannah
berkata beliau berpuas hati apabila atlet berjaya menyumbang pingat emas
buat negara meskipun baru pertama kali beraksi di kejohanan dwitahunan
itu.

Jelasnya walaupun ada beberapa sukan yang menjadi sasaran
pingat tidak menepati ramalan, namun gembira apabila jenis sukan seperti
silat, wushu, golf dan karate menampilkan prestasi di luar jangka
dengan menghadiahkan pingat emas buat negara melebihi sasaran.

“Setakat
ini kita melihat silat sangat cemerlang, karate, wushu, golf dan
olahraga serta banyak sukan, kita tumpang gembira dengan atlet muda
sebab kebanyakan mereka kali pertama (bersaing di Sukan SEA).

“Ini
memang sifat sukan, ia kompetitif, kadang-kadang menang dan kalah, tapi
kalau kalah kita akan pastikan apa faktor kekalahan, kita tangani dan
bantu kurangkan risiko kekalahan pada masa hadapan,” katanya.

Setakat ini, kontinjen negara berada di kedudukan ketujuh carta pingat dengan memungut 21 pingat emas, 22 perak dan 42 gangsa.