Nasional

KPKM tak cadang ubah nisbah subsidi penternak dan pembekal ayam

KEMENTERIAN  Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan
formula pembahagian subsidi sedia ada kepada penternak ayam daging dan
syarikat pembekal pada nisbah 10 sen dan 70 sen.

Mat Sabu saran penternak dan pembekal berbincang
Perkara itu
dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu susulan permintaan
daripada penternak ayam di Selangor yang mahu pembahagian subsidi
kerajaan dibuat sama rata antara mereka.
Menurutnya, penternak
ayam dan syarikat pembekal perlu berbincang antara mereka mengenai
agihan subsidi 80 sen yang diberikan kerajaan bagi mengatasi kenaikan
kos pengeluaran ayam dan telur.
Ini kerana tegasnya kerajaan tidak campur tangan dalam rundingan perjanjian pembahagian subsidi itu.
“Kita
masih lagi berpegang dengan apa yang dilaksanakan sebelum ini sejak
setahun lebih, kita berpegang kepada 10 sen (bagi penternak) dan 70 sen
(bagi syarikat pembekal).
 
“Pada padangan kementerian, urusan itu
adalah business-to-business, ertinya antara syarikat pembekal dan
penternak. Semasa mereka berurusan, kerajaan tidak terlibat jadi
sepatutnya itu persetujuan antara mereka.
“setakat ini kementerian berpandangan kadar sedia ada kita akan kekalkan dahulu,” jelas beliau.
Pada
27 Feb lepas, kerajaan memutuskan untuk meneruskan penyediaan subsidi
pada kadar 80 sen sekilogram bagi ayam dan lapan sen sebjii bagi telur
sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.
Media
tempatan pula baru-baru ini melaporkan permohonan Persatuan Penternak
Ayam Selangor supaya kerajaan mempertimbangkan pembahagian subsidi
kepada penternak ayam daging dan syarikat pembekal dengan nisbah 50:50
memandangkan penternakan ayam daging menanggung risiko tinggi kerana
hanya mendapat untung melalui jualan ayam hidup.
Mengulas
perkara itu, Mohammad Sabu berkata, perlu ada rundingan antara syarikat
pembekal dan penternak untuk dapat perkongsian keuntungan yang betul
atau pun perkongsian subsidi yang betul.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button