Nasional

Ekonomi Malaysia sedang mengukuh – BNM

EKONOMI Malaysia kini semakin mengukuh dengan perkembangan mengagumkan, lapor Bank Negara Malaysia (BNM). 

Malaysia telah keluar dari krisis ekonomi

Gabenor BNM, Tan Sri Dato’ Nor Shamsiah Mohd Yunus dipetik laporan FMT berkata, setakat suku pertama tahun ini, ekonomi berkembang pada kadar 5.6 peratus. 

Ekonomi juga berkembang sebanyak 0.9% daripada suku keempat tahun lepas, pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim. 

Manakala ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 7% tahun ke tahun pada suku keempat 2022 dengan keluaran dalam negara kasar bertumbuh sebanyak 8.7% pada tahun itu.

“Inflasi keseluruhan lebih rendah selaras dengan persekitaran kos yang mereda, kepada purata 3.6% pada suku pertama berbanding 3.9% pada suku keempat tahun lepas,” kata Nor Shamsiah.

Mengulas lanjut mengenai inflasi, beliau memaklumkan teras berkurangan kepada 3.9%, namun melebihi purata 2% yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Inflasi keseluruhan dan inflasi teras diunjurkan menjadi sederhana, antara 2.8% dan 3.8% tahun ini, namun imbangan risiko bagi prospek inflasi cenderung ke arah inflasi menjadi lebih tinggi.

“Penurunan itu didorong oleh harga bekalan yang lebih rendah, terutama minyak RON97 yang menyumbang kepada 2/3 daripada penurunan inflasi pada suku pertama,” kata laporan. 

BNM turut memaklumkan petunjuk ekonomi semasa menunjukkan ekonomi memulih ke tahap lebih kukuh berbanding sebelum Covid-19, lantas melakar gambaran yang optimistik untuk sepanjang tahun.

Perkembangan ekonomi pada suku pertama didorong oleh penggunaan swasta dan aktiviti pelaburan, di samping prestasi sektor perkhidmatan dan perkilangan, pasaran pekerja yang bertambah baik, pelancongan ke dalam negeri yang terus pulih, dan projek prasarana awam yang sedang berjalan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button