Pilihanraya

Proses rundingan kerusi PH-BN lancar, capai 95 peratus

PROSES RUNDINGAN kerusi antara parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berjalan lancar.

PH-BN tunjuk kesefahaman dalam rundingan

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Chang Lih Kang berkata, setakat kini, proses rundingan sudah hampir 95 peratus selesai

“Rundingan kerusi hampir selesai … cuma ada sikit sini sana yang belum selesai, tetapi secara amnya rundingan kerusi berjalan dengan aman dan baik,” katanya.

Lih Kang sebelumnya ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Projek Hebat II, Wau Rocketery Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal pada Sabtu.

Beliau sementara itu menyuarakan keyakinan gandingan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN ini akan tampil lebih teratur sekaligus memberi nilai tambah kepada mereka itu

Sementara itu, Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang dipetik laporan Sinar turut menyatakan pandangan sama bahawa proses itu akan selesai tidak lama lagi.

Jelasnya,  semua rundingan yang dijalankan diperhalusi dari semasa ke semasa untuk mencapai persefahaman lebih baik sehingga keputusan akhir dapat dimuktamadkan.

“Setiap rundingan berteraskan formula gagasan Kerajaan Perpaduan demi memastikan pembelaan kepada rakyat serta memacu negara ke arah lebih baik, manakala berhubung pembahagian kerusi kita ada perimeter yang ditetapkan,” katanya pada Jumaat.  

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button