Nasional

Isu MA63, bekalan air bersih akan diselesaikan segera – PM

ISU berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) yang sudah berlanjutan sejak puluhan tahun akan diselesaikan secepat mungkin.

PM komited selesai masalah tertangguh
Jaminan itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Sabah dan Sarawak ketika menyampaikan Amanat Perdana semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.
 
“Dengan ini saya beri mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk selesaikan sedaya upaya apa sahaja perjanjian yang telah dimeterai di dalamnya dan lakasanakan.

“Ada yang pihak memperolok kerana kononnya kerajaan mahukan jaminan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya jawab, itu memang ada, akan tetapi yang lebih penting adalah kerana ia merupakan tanggungjawab pimpinan generasi kini adalah untuk melaksanakan sumpah setia dan janji bapa kemerdekaan kita,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) turut menyentuh isu bekalan air bersih di Sabah dan Kelantan yang disifatkannya memerlukan perhatian segera.

Jelasnya, beliau amat komited dalam mencari jalan kepada isu tersebut setelah mendapat input permasalahan daripada pemimpin negeri berkenaan berhubung masalah yang membelenggu kedua-dua negeri sejak sekian lama itu.

Justeru beliau akan mengundang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam tempoh dua minggu ini untuk mencari jalan menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri itu.

“Kalau pun perlu berbilion ringgit (diperlukan) kita mesti cari dan selesaikan tahun ini juga kerja-kerja.

“Yang penting rakyat setelah 60 tahun merdeka tidak boleh dibebankan sampai tidak ada air bersih untuk minum,” katanya disambut sorakan perwakilan semua komponen parti kerajaan yang hadir.  

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button