Nasional

Sambut baik kputusan k’jaan kukuh dasar penggunaan kalimah Allah

KOMITMEN kerajaan untuk mengekalkan dan memperkemas dasar penguatkuasaan terhadap penggunaan kalimah Allah disambut baik. 

KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut sangat bertepatan dengan usaha pihak kerajaan memelihara keharmonian di antara kaum di Malaysia.

Dasar penggunaan kalimah Allah akan dipertahan

“Keputusan ini juga selaras dengan visi dan misi Malaysia Madani dalam membina masyarakat Malaysia yang bersatu padu,saling menghormati dan juga bertoleransi antara kaum dan agama

“Justeru itu,rakyat juga harus konsisten menolak sebarang percubaan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama demi untuk memenuhi hasrat politik sempit sesetengah pihak,’ kata Pengerusi Biro Komunikasinya, Ahmad Nadhir Yob.

Perdana Menteri, selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Rabu memaklumkan Jemaah Menteri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja.

Beliau berkata, langkah itu pada masa sama memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini berdepan kritikan susulan keputusan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill mengenai perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Selasa menjelaskan keputusan Pejabat Peguam Negara itu melibatkan percanggahan perundangan sivil berkaitan rampasan bahan penerbitan dan bukannya isu teologi melibatkan penggunaan kalimah Allah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button