Nasional

Kebajikan anggota tentera terbela, PM umum BIW ganti BISS/BISM

KEBAJIKAN anggota perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mendapat perhatian Kerajaan Perpaduan. 

Kebajikan dan keselesaan anggota diberi perhatian

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengumumkan kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) berkuat kuasa 1 Julai ini kepada anggota keselamatan itu. 

Jelasnya, kelulusan itu akan memanfaatkan 33,586 anggota tentera dengan implikasi kewangan tambahan RM87.8 juta setahun berdasarkan perjawatan tahun lalu.

“Asas pembayaran ketiga-tiga insentif itu sama, iaitu untuk menampung kos sara hidup tinggi serta galakan pegawai dari Semenanjung berkhidmat di Sabah atau Sarawak dan sebaliknya.” katanya pada Program Mesra Bersama Warga ATM Markas 5 Briged, Kem Lok Kawi, Sabah.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan, Timbalan Ketua Menteri III Shahelmey Yahya, Panglima Tentera Darat Mohammad Ab Rahman dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Zulkapli Mohamed.

Difahamkan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) yang diterima anggota ATM sebelum ini lebih rendah berbanding BIW diterima pegawai perkhidmatan awam lain.

Sementara itu dalam ucapan sama,  Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mengumumkan projek baharu pembangunan semula 49 unit rumah terbiar untuk dijadikan 47 kuarters awam.

Turut diumumkan adalah pembangunan sebuah rumah transit Kementerian Pertahanan cawangan Sabah di Taman Lok Kawi bernilai RM25 juta.

Bagi projek sedia ada, katanya, kerajaan memperuntukkan RM213 juta bagi membina Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) tambahan pelbagai kelas di Kem Lok Kawi.

Mengenai projek pembangunan di Putatan, beliau berkata, RM67 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Jalan Lok Kawi dari Bulatan Sabindo Ke Sungai Kinarut, selain RM4.8 juta bagi membaik pulih serta menaik taraf aviari di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

“Kerajaan juga komited membina sekolah baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Kawi dengan kos projek RM23 juta yang akan dibangunkan dalam kadar segera,” jelasnya. 

Pada Isnin, Anwar menegaskan kerajaan dipimpinnya komited untuk terus memastikan kebajikan anggota tentera. 

Ia termasuk dengan memastikan kediaman dan kuarters khususnya yang daif dibaik pulih bagi keselesaan anggota tentera. 

Perkara itu dikongsikan Anwar selepas menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman di Perdana Putra, Putrajaya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button