Nasional

Dr Wan Azizah seru golongan wanita tingkat kemahiran memimpin

GOLONGAN wanita di negara ini harus memastikan kedudukan kepimpinan mereka bukan sekadar untuk memenuhi kuota sebaliknya adalah kerana mereka memiliki kemahiran.

Dr Wan Azizah mahu wanita miliki jati diri tinggi

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pendidikan; peningkatan kemahiran; latihan semula dan silang kemahiran yang berterusan adalah penting bagi memastikan wanita terus bertahan di peringkat atas kepimpinan, 

“Memilih wanita (sebagai pemimpin) tidak seharusnya kerana terpaksa demi mematuhi peraturan. Kita sebagai wanita sepatutnya menjadi pilihan disebabkan keupayaan kita,” kata bekas timbalan Perdana Menteri itu.

Dr Wan Azizah sebelumnya menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Meja Bulat Kepimpinan Antara Generasi Rantau Asia Pasifik di Kuala Lumpur pada Isnin. 

Persidangan meja bulat yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 14 Jun itu bertujuan membincangkan dan merumuskan strategi dalam amalan kepimpinan antara generasi ke arah rantau yang mampan serta berkembang maju.

Sejumlah 230 peserta berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun termasuk delegasi dari 15 negara seperti Australia, Bangladesh, Kemboja, Fiji, Hong Kong, India, Maldives, Korea Selatan, Sri Lanka dan Thailand mengambil bahagian.’

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut menegaskan, apabila berbicara mengenai penglibatan wanita dalam kepimpinan, sepatutnya terdapat kolaborasi antara generasi lama dan baharu agar mereka boleh saling belajar dan memperbaiki kedudukan golongan wanita.

“Mereka yang lebih berpengalaman seharusnya menjadi sekutu dan model peranan kepada pemimpin baharu,” katanya sambil menegaskan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam posisi kepimpinan tidak boleh dicapai tanpa kerjasama dengan pihak berkepentingan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button