Global

Malaysia peroleh komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) MALAYSIA  melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meraih komitmen pelaburan sebanyak RM8.3 bilion sewaktu misi pelaburan ke Minggu Teknologi London 2023 .

Bakal cipta 1,800 peluang kerja baharu

Menterinya, Fahmi Fadzil yang mengetuai misi itu pada majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan International Data Centre Authority (IDCA). berkata,  pelaburan baru itu dijangka mencipta tidak kurang daripada 1,800 pekerjaan bernilai tinggi.

Selain itu, MDEC juga menjalin kerjasama dengan UK-ASEAN Business Council (UKABC) dan Commonwealth Enterprise and Investment Council.

Semasa acara itu, Sunway Group turut menandatangani MoU dengan Wippd dan pengumuman pelaburan lain dibuat oleh sembilan syarikat terkemuka dari United Kingdom (UK) termasuk Access Group, Dataswyft, TPP, Activpayroll, Ekco, Yondr Group, GBG, Hamilton Barnes, dan MMOB.

Fahmi berkata, kejayaan ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap rangka kerja kukuh Malaysia Digital (MD), yang merupakan inisiatif strategik nasional yang memacu ekonomi digital berada di landasan tepat seiring dengan visi Malaysia Madani.

Menerusi misi ini, Fahmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz turut mengadakan sesi meja bulat berkenaan inisiatif MD bersama tokoh-tokoh dan eksekutif perniagaan.

Perbincangan berkisar mengenai usaha menarik pelaburan dalam menjadikan Malaysia Harimau Digital Asia.

Kejayaan ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap rangka kerja kukuh dalam bidang ekonomi digital.

Ini juga membuktikan inisiatif strategik Malaysia Digital berada di landasan tepat dalam memastikan sektor berkaitan mampu memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

-AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button