Nasional

Negara sedang berdepan isu kemampanan yang serius, kata menteri

MALAYSIA  menghadapi cabaran yang berat kepada keseimbangan ekosistem Malaysia, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Usaha atasi perubahan iklim perlu penglibatan semua

Bercakap pada Persidangan Hijau Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) 2023 di Kuala Lumpur pada Khamis, Nik Nazmi  menjelaskan Malaysia berdepan isu kemampanan yang lebih serius seperti penebangan hutan dan kehilangan biodiversiti yang mencapai tahap membimbangkan 

Beliau memberi contoh bagaimana Malaysia mengalami gelombang haba sejak beberapa bulan lepas yang menimbulkan kebimbangan tentang kecukupan bekalan elektrik dan air.

“Menangani perubahan iklim bukanlah tanggungjawab yang terhad kepada generasi masa kini sahaja, tetapi juga generasi masa depan,” katanya.

Sehubungan itu jelasnya, usaha mengatasi perubahan iklim bukan hanya memerlukan individu, tetapi juga kerajaan dan sektor korporat di Malaysia.

Kumpulan itu jelasnya perlu mengubah pendekatan mereka terhadap kepampanan, kaedah melakukan pekerjaan, perniagaan dan kehidupan.

Di pihak kerajaan pula jelasnya terdapat beberapa cara menangani perubahan iklim termasuk mewujudkan dasar perdagangan tenaga boleh baharu merentas sempadan yang akan dilaksanakan menerusi sistem pertukaran elektrik dan Perjanjian Paris untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button