Nasional

PM titip tahniah buat SK Seri Permai dan SK Kanchong Darat

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada dua
buah sekolah Malaysia yang disenarai pendek dalam kelompok 10 teratas
bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023 (World’s Best School Prizes
2023).

PM harap lebih banyak kejayaan akan dilakar
Dua sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri
Permai, Pulau Pinang yang tersenarai dalam kategori Inovasi manakala SK
Kanchong Darat, Selangor tersenarai dalam kategori Gaya Hidup Sihat.
“Salut
saya buat warga pendidik dan anak-anak atas pencapaian ini, semoga
terus mengorak langkah mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan
datang,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.
Terdahulu,
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut mengucapkan tahniah dan
berharap kejayaan dua sekolah itu akan menjadi inspirasi kepada semua.
“Kejayaan sekolah-sekolah ini menunjukkan keupayaan kita berdaya cipta, mencari penyelesaian baru secara kritis dan kreatif.
“Setinggi-tinggi
tahniah saya ucapkan kepada dua buah sekolah Malaysia yang tersenarai
dalam 10 teratas anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023,” katanya dalam
catatan di Facebook beliau, semalam.
Kedua-dua sekolah ini
berpeluang memenangi sebahagian daripada hadiah keseluruhan AS$250,000
(RM1.16 juta), untuk dikongsi sama rata bersama lima pemenang, dengan
masing-masing menerima AS$50,000 (RM231,300).
Tiga finalis teratas untuk setiap hadiah akan diumumkan pada September depan, manakala pengumuman pemenang pula pada Oktober.
Pemenang
bagi setiap hadiah akan dipilih berdasarkan kriteria oleh juri yang
terdiri daripada ahli akademik, pendidik, badan bukan kerajaan, usahawan
sosial, kerajaan, masyarakat sivil dan sektor swasta dari seluruh
dunia.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button