Nasional

Empat penduduk terima kunci Rumah Kasih Sayang Ihsan dari PM Anwar

EMPAT penduduk kampung Tok Bedu, Jalan Kubang Menerong, Tasek Gelugor menerima kunci Rumah Kasih Sayang Ihsan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penduduk lega miliki kediaman sendiri

Keempat-empat  penerima tersebut menerima unit kediaman yang diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) melalui Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP).

Difahamkan, sebagai projek rintis, sebanyak empat buah Rumah Kasih Ihsan telah dibina di Pulau Pinang iaitu di Kampung Tok Bedu, Padang Menora, Penaga dan Machang Bubok, di Bukit Mertajam.

Kediaman berkeluasan 660 persegi dengan tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur serta bilik air membabitkan kos pembinaan sebanyak RM75, 000 seunit.

Ia satu lagi inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan kediaman selesa kepada rakyat dalam kategori miskin dan miskin tegar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button