Negeri

Kerajaan lulus 436 projek bernilai RM22.17 bilion di Kelantan

KERAJAAN melalui Kementerian Ekonomi sudah meluluskan sebanyak 436 projek bernilai RM22.17 bilion bagi negeri Kelantan di bawah pelan pusingan ketiga (RP3) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Negeri pembangkang tidak dipinggirkan

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jumlah berkenaan merangkumi peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.57 bilion.

Menurutnya, daripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM88.82 juta telah diluluskan bagi daerah Tumpat merangkumi 23 projek dengan kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM1.04 bilion.

“Selain itu, sebanyak tujuh projek baharu diluluskan di daerah ini dengan kos keseluruhan RM240.4 juta di samping meneruskan projek berimpak tinggi yang diluluskan di Kelantan oleh kerajaan sebelum ini.

“Projek berimpak tinggi yang diteruskan antaranya Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Kota Bharu ke Gua Musang,” katanya 

Nik Nazmin sebelumnya mengadakan sidang akhbar selepas melawat Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Teluk Renjuna di Tumpat pada Sabtu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button