Nasional

Kerajaan peruntuk RM20 juta untuk Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti

KERAJAAN memperuntukkan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) sebanyak RM20 juta menerusi Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kepada persatuan penduduk seluruh negara.

Saifuddin gesa persatuan membuat permohonan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata GPPK juga bertujuan untuk membudayakan keselamatan tanggungjawab secara bersama dan permohonan geran itu boleh dilakukan bermula esok menerusi sistem eROSES.

“Peruntukan sebanyak RM20 juta itu boleh memberi manfaat sehingga 2,000 persatuan penduduk yang setiap satunya layak menerima sehingga RM10,000.

“Objektif GPPK adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam komuniti dan meningkatkan penglibatan pertubuhan dalam hal ehwal keselamatan komuniti setempat,” katanya.

Saifuddin berkata begitu ketika ditemui selepas menghadiri Program KDN Madani Bersama Menteri Dalam Negeri di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda di Kedah pada Ahad. 

Sementara itu, Saifuddin menggesa persatuan penduduk mengambil kesempatan ini untuk membuat permohonan dan memanfaatkan geran itu bagi menggerakkan kegiatan dalam komuniti khususnya yang terkait dengan membina kesedaran dan pembabitan dalam aspek keselamatan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button