Nasional
PM Anwar lancar InvestED, tingkatkan kebolehpasaran graduan
PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan inisiatif
terbaharu pasaran modal, ‘investED’ yang akan meningkatkan
kebolehpasaran graduan serta membangunkan saluran bakat mampan.
InvestED mampu atasi kekurangan tenaga mahir |
Anwar
yang juga Menteri Kewangan berkata, program berkenaan dijangka dapat
mengatasi kekurangan tenaga mahir dalam pasaran modal.

Beliau
menjelaskan, inisiatif terbaharu itu juga adalah kerjasama pertama
antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Kementerian Kewangan,
Kementerian Pendidikan Tinggi, Bursa Malaysia serta peserta industri
pasaran modal terkemuka dengan pembiayaan sebanyak RM30 juta daripada
Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF).

“Program ini tentunya dapat membuka lebih baik peluang pekerjaan kepada graduan.
“9,000
mahasiswa akan meraih manfaat pendedahan kepada peluang pekerjaan dalam
industri pasaran modal dengan 600 orang akan terjamin mendapat
pekerjaan dalam masa tiga tahun,” katanya ketika berucap di Majlis
Perasmian bagi Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Dewan
Persidangan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, hari ini.

berkata, kerajaan yakin jumlah pemanfaat program berkenaan boleh
ditingkatkan melalui penyertaan lebih banyak pemain industri yang
bekerjasama dengan universiti.

Beliau berkata, pada masa yang
sama, kerajaan berharap program seumpama itu dapat membantu pelajar
daripada keluarga susah agar tidak tertinggal meraih manfaat peluang
pekerjaan lebih baik.

“Ini cukup penting dan selaras dengan hasrat Malaysia Madani,” katanya.