Parlimen

Kerajaan akan bentang RUU Omnibus – Rafizi

KERAJAAN akan membentang rang undang-undang (RUU) Omnibus untuk membenarkan perkongsian data antara kementerian dan agensinya.

RUU Omnibus berkait usaha mewujudkan Padu

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika menjawab soalan Senator Aknan Ehtook di Dewan Negara pada Isnin berkata, RUU tersebut adalah cadangan undang-undang yang akan meliputi pelbagai topik.

Tambahnya, pembentangan RUU itu sebagai sebahagian usaha Putrajaya mewujudkan Padu, pangkalan data bersepadu yang membolehkan perkongsian maklumat antara pelbagai cabang kerajaan.

“Usaha terdahulu mewujudkan pangkalan data sedemikian tidak berjaya kerana undang-undang memberi kuasa kepada kementerian untuk mempunyai peraturan berbeza mengenai perkongsian data.

“Dengan memperkenalkan RUU Omnibus, kerajaan tidak perlu meminda setiap akta yang memberi kuasa kepada kementerian atau agensi masing-masing,” katanya seperti dilapor media. 

Sementara itu, Rafizi turut menjelaskan RUU Omnibus bukan saja menjadikan perkongsian data satu kewajipan, malah ia akan menjamin proses perkongsian data berterusan untuk memastikan Padu kekal sebagai pangkalan data pusat komprehensif yang akan membantu kerajaan membuat keputusan lebih baik berdasarkan data terperinci dan holistik.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button