Semasa

PM pelawa anak muda hadir “Temu Anwar’ Negeri Sembilan esok

RAKYAT Negeri Sembilan terutama golongan muda dipelawa hadir menyertai sesi Temu Anwar pada Sabtu ini.

Anak muda boleh lontar soalan terus kepada PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menerusi hantaran ringkas di Facebooknya berkata program itu akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Berdasarkan poster yang dikongsi menerusi catatan itu, sesi Temu Anwar akan berlangsung pada jam 1.30 petang di Dewan Tuanku Canselor USIM.

“Saya menantikan soalan dan pendapat semua pihak dalam sesi santai dan penuh harmoni, bagi meraikan perbezaan serta pandangan.

“Kita jumpa Sabtu ini!” kata Anwar melalui hantaran tersebut. 

Temu Anwar ialah program dialog anak muda yang diadakan secara bersiri sejak 2009, khusus untuk orang ramai mendekati dan mengenali lebih dekat pemimpin utama negara itu. 

Beberapa sesi yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan hebat dari anak muda terutama golongan mahasiswa. 

Pelbagai soalan dan cadangan dikemuka sendiri mereka kepada perdana menteri dalam setiap sesi yang diadakan.

Sementara itu Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) melalui hantaran sama menjelaskan, untuk mereka yang mahu hadir pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button