Global

Malaysia kutuk kekejaman di Tebing Barat

MALAYSIA mengutuk
sekeras-kerasnya sebarang tindakan ganas dan pembunuhan orang awam di
Tebing Barat, berikutan peningkatan keganasan yang terkini.

Palestin ada hak sebagai negara berdaulat
Kementerian
Luar dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pada prinsipnya Malaysia
menggesa agar perbuatan itu dikekang dan mengambil langkah-langkah yang
diperlukan untuk meredakan ketegangan.
“Malaysia amat bimbang
dengan peningkatan insiden maut di Tebing Barat di mana berlaku
kehilangan nyawa dan ramai lagi yang cedera.
“Pertempuran di
Jenin pada 19 Jun 2023 yang secara langsungnya berpunca daripada
serangan terbaru tentera Israel terhadap rakyat Palestin di kawasan yang
diduduki.
Serbuan ini secara terang-terangan tidak menghiraukan
dan tidak menghormati hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan
antarabangsa,” menurut kenyataan itu.
Malaysia menggesa
masyarakat antarabangsa untuk menuntut Israel menghentikan segala
tindakan provokatif, tindakan unilateral dan kekejaman yang berterusan
terhadap orang awam yang tidak bersalah, demi kepentingan keamanan dan
kestabilan.
“Malaysia berpegang teguh dengan pendirian bahawa
rakyat Palestin berhak mendapat hak mereka untuk sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan
Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,” menurut kenyataan itu lagi.
Pada
17 Februari lalu, Malaysia mengutuk dan membantah keputusan rejim
Israel untuk membenarkan pembukaan sembilan pos penempatan haram di
wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.
Menurut kenyataan
Kementerian Luar (Wisma Putra) itu, keputusan untuk mewujudkan
penempatan haram serta perluasan kawasan itu jelas mencabuli
undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan.
Ia
termasuk Konvensyen Geneva 1949 yang berkaitan dengan Perlindungan Orang
Awam Semasa Perang dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), khususnya Resolusi 2334 (2016).- AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button