Global

‘Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei’ tidak jejas kelangsungan LPG

PETRONAS menerusi pengeluaran gas petroleum cecair (LPG) di Loji Teluk
Sepanggar, Sabah telah bersetuju untuk membekalkan sebanyak 150 Tan
Metrik (MT)  LPG tidak bersubsidi kepada Brunei.

Malaysia teroka kerjasama ekonomi serantau
Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN), Datuk Seri
Salahuddin Ayub berkata pembekalan LPG disempurnakan oleh syarikat
Brunei Shell Marketing Company (BMSC) Sendirian Berhad dari Terminal
Minyak dan LPG Teluk Sepanggar, Sabah ke Brunei yang bermula sejak 16
Jun lalu sehingga 1 Julai ini.
Beliau berkata, pada masa yang
sama, pihak KPDN memberi jaminan bahawa pembekalan LPG tidak bersubsidi
ke Brunei tidak akan menjejaskan kelangsungan bekalan LPG dalam negara.
“Kerjasama
ekonomi serantau terutama dengan negara jiran adalah potensi baharu
yang wajar diterokai dan dipertingkatkan oleh pemain industri
perdagangan di negara ini.
“Adalah diharapkan ‘Misi Rahmah
Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei’ ini dapat memberi pelbagai nilai
tambah kepada kedua-dua negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi
pada masa kini,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Untuk
makluman, Program ‘Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei’
merupakan satu bentuk kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara
jiran yang bersempadan dengan negara ini dengan menumpukan kepada
pembekalan barangan keperluan.
Objektif program ini adalah bagi
meningkatkan keterjaminan bekalan serta peningkatan kerjasama
perdagangan antara negara ini dan negara jiran.
Kata Salahuddin
lagi, program tersebut dimulakan dengan pembekalan LPG tidak bersubsidi
dari Malaysia ke Brunei dan akan diperluaskan dengan barangan keperluan
lain yang akan diperincikan di antara kedua-dua negara pada masa akan
datang.- AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button