Negeri

Keputusan di The Haque bukti tuntutan Sulu tiada locus standi

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan The Haque di Belanda menolak permohonan Kumpulan Sulu terhadap kerajaan Malaysia membuktikan bahawa tuntutan mereka tidak mempunyai locus standi.

Sabah sambut baik keptusan The Haque

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyambut baik keputusan itu berkata, ia turut mengesahkan pendirian kerajaan yang tidak mengiktiraf tuntutan kumpulan tersebut.

“Sabah berkongsi keyakinan Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kita semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya award itu selepas keputusan ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana mengambil tindakan yang tegas untuk berdiri teguh dalam melindungi kedaulatan Malaysia.

“Kerajaan negeri akan terus menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan sehingga apa yang digelar sebagai Tuntutan Sabah itu dibatalkan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan bahawa Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.

Keputusan itu sekali gus menghalang apa-apa usaha pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Kerajaan Malaysia di Belanda.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button