Semasa

TDM kempen di sekolah tarik minat bukan Bumiputera sertai tentera

TENTERA DARAT Mengadakan kempen penerangan di sekolah-sekolah sebagai usaha menarik minat kaum bukan bumiputera menyertai pasukan beruniform berkenaan.

Beri pendedahan kepada bukan bumiputera

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata kempen itu adalah untuk memberi penerangan kepada kaum bukan bumiputera dan generasi muda mengenai peluang kerjaya dalam satu daripada cabang bersenjata dalam Angkatan Tentera Malaysia.


“Selain itu, ia juga memberi pendedahan bahawa individu yang menyertai Tentera Darat mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi memajukan kerjaya mereka di Tentera Darat,” katanya ketika ditemui di Majlis Ibadah Korban Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.


Beliau mengulas usaha Tentera Darat untuk menarik penyertaan kaum bukan Bumiputera dalam angkatan berkenaan.


Katanya lagi, setiap Briged ldi negeri-negeri memainkan peranan penting dalam menarik minat bukan Bumiputera bagi memasuki pasukan beruniform itu.


“Setiap negeri kita ada Briged atau formasi tertentu. Mereka ini akan pergi ke sekolah-sekolah untuk memberikan pendedahan kepada warga sekolah tentang apa itu tentera.


“Daripada kaji selidik yang kita buat, ada yang tidak mahu (sertai tentera) sebab risikonya tinggi, tetapi gajinya tidak setimpal.


“Ada juga sebab tertakluk pada disiplin yang sangat ketat. Sebagaimana disebutkan tadi, kita tidak meletakkan kuota tertentu dan mengalu-alukan semua untuk menyertai keluarga besar Tentera Darat,” katanya.
-AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button