ekonomi

Rafizi kecewa PN sebar provokasi ekonomi hancur

Kerajaan sedang menumpukan usaha menstabilan kadar inflasi bagi memastikan harga barang keperluan turut akan lebih stabil.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli melalui kenyataan di Twitter berkata, setiap negara mempunyai pendekatan berbeza berhubung perkara berkenaan.

“Namun bagi Malaysia, kerajaan fokus kepada kadar inflasi yang stabil,” katanya dalam kenyataan di Twitter.

Sementara itu jelas Rafizi, dalam pelbagai usaha yang dilaksana kerajaan bagi memulihkan semula ekonomi negara, beliau bagaimanapun kecewa dengan sikap tidak membantu Perikatan Nasional (PN) yang dilihat cuba memprovokasikan mengenai ekonomi negara hancur disebabkan ketidakstabilan inflasi.

Tambahnya, pemimpin PN seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut memainkan peranan memberi gambaran kononnya kerajaan gagal untuk mentadbir dengan memainkan isu mata wang negara.

“Macam mana pula ekonomi negara hancur? inflasi paling rendah dalam tempoh setahun. Ekonomi berkembang baik berbanding negara lain.

“Kalau ikut bank negara, ekonomi kita diunjurkan terus berkembang daripada empat hingga lima peratus iaitu antara pertumbuhan yang paling baik di rantau ini.

“Jadi di mana yang kata ekonomi telah hancur. Gaji masih lagi berjalan dan bulan depan kita mula berbincang gaji progresif supaya gaji rakyat dinaikkan secara berperingkat,” katanya dipetik Sinar.

Related Articles

Back to top button