Semasa

Menteri KPDN sedia bertemu Gamis bincang isu harga barang

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengalu-alukan kehadiran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) bagi membincangkan isu peningkatan harga barangan asas.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub melalui satu hantara di media sosial menyatakan kesediaan bagi mengadakan pertemuan itu sebagai respons kepada laporan Astro AWANI bertajuk ‘Gamis gerakkan petisyen gesa kerajaan tangani kenaikan harga barang’, yang disiarkan semalam.

“Saya akan tunggu Gamis ke pejabat saya di KPDN. Sila datang dan kita boleh adakan perbincangan secara professional dan terbuka.

“Nanti pegawai saya uruskan temu janji dengan Gamis,” tulis beliau.

Gamis pada Sabtu berkumpul di Kompleks Beli Belah Sogo di ibu negara bagi mengumpul tandatangan petisyen menggesa kerajaan agar menangani segera peningkatan harga barangan asas.

Petisyen tersebut digerakkan dalam dalam talian sebelum dihantar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama memorandum.

Related Articles

Back to top button