Pilihanraya

PRN perlu jadi mercu tanda selamatkan negara dari pecah belah

Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang harus menjadi mercu tanda untuk menyelamatkan negara, gesa Perdana Menteri.

Dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Barisan Nasional -Pakatan Harapan Negeri Kedah malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi berjanji bahawa kedua-dua gabungan akan bekerja keras, menyokong satu sama lain demi misi khidmat untuk rakyat.

“Fikir masa depan dan negara, hindar daripada sentimen lama, hindar daripada mendengar propaganda karut mereka dan tahu tak ada pilihan bagi negara, kita pilih satu dasar sederhana yang boleh angkat ekonomi, jaga semua rakyat, atau kita pilih parti yang bawa kerosakan, pecah-belah masyarakat dan negara?

“Ini bukan pilihan, ini satu imperatif yang harus diambil. Saya yakin, saya beritahu Datuk Seri (Ahmad) Zahid (Hamidi), gerakkan orang PH, calon PH calon dia, calon BN calon dia. Orang UMNO, calon PH calon dia, calon BN calon dia.

“Kalau ada pandangan begitu, kita akan menang bergaya di negeri Kedah,” katanya.

Anwar sementara itu menambah, Malaysia sebagai sebuah negara dengan pelbagai kaum dan agama tidak mampu untuk mempunyai pemimpin yang menanam rasa perpecahan yang terus memainkan isu sensitif hanya mahu menjaga kepentingan diri sendiri.

“Kita mahu selamatkan negara ini, jamin perpaduan dan keadilan, angkat martabat orang Melayu, jamin kedudukan bangsa lain. Kita tidak akan minta maaf.

“Ini negara untuk semua, keadilan untuk semua, biarlah mereka nak kata apa tetapi ini prinsip kita,” katanya lagi.

Related Articles

Back to top button