Semasa

Chegubard sekadar jadi ‘Mat Propa’ PN- Razeef

Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard disifatkan berfungsi tidak lebih dari sekadar menjadi ‘Mat Propa’

Pandangan itu dilontar Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Razeef Rakimin susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam yang mengesahkan pihak belum menerima sebarang aduan rasmi atau pun memorandum daripada Chegubard berhubung kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang.

Menurut Razeef, kenyataan SPRM bahawa Che’gubard enggan masuk ke dalam ibu pejabat agensi berkenaan bagi tujuan penyerahan memorandum, sebaliknya hanya mahu melakukan penyerahan maklumat melalui pos jelas satu propaganda murahan yang dimainkan menjelang pilihan raya negeri (PRN).

“Perkara ini sekali gus membuktikan tidak ada bukti kukuh terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Che’gubard memang dikenali sebagai seorang yang ‘hanya tahu cakap’ tetapi tidak melalui pelaksanaan, malah dahulu bermacam tuduhan dilemparkan terhadap Azmin Ali (Datuk Seri) yang kini menjadi ‘bos’ kepada beliau,” katanya Razeef satu kenyataan pada Isnin.

Chegubard bersama penyokongnya sebelum ini hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi mendesak agensi itu menyiasat kediaman Anwar yang dakwanya milik lelaki Cina.

Beliau turut membangkitkan isu Anwar menggunakan beberapa kereta mewah yang didakwa bukan milik Perdana Menteri.

BACA: Laporan terhadap Chegubard, Wan Saiful kerana fitnah
BACA: Fitnah berniat rosakkan reputasi PM, salinan perjanjian pajakan terdedah
BACA: Setiausaha Politik beri penjelasan status kenderaan digunakan Anwar

Dia kemudian meluahkan hasrat untuk menyerah memorandum di pondok keselamatan pintu depan Ibu Pejabat SPRM selepas selesai sidang media , namun apabila dimaklumkan prosedur penyerahan memorandum mesti dibuat di dalam premis dan ada pegawai yang sedia menunggu untuk menerimanya Chegubard kemudian menolak untuk masuk.

Sementara itu Razeef berkata, tindak tanduk Chegubard jelas membuktikan tahap pemimpin PN yang tidak berkualiti.

“Mereka hanya tahu melemparkan tuduhan tanpa bukti asas, cukup sekadar dijadikan kandungan TikTok oleh laskar (pasukan) siber mereka,” ujarnya.

Related Articles

Back to top button