Global

Pasport Malaysia duduki tangga ke-11 dalam senarai ‘paling berkuasa’ di dunia

Pasport Malaysia kini di tangga ke-11 dalam ranking pasport dunia, naik dua tangga dari 2021 dan 2022.

Menurut Indeks Pasport Henley bagi suku ketiga 2023, pasport Malaysia mempunyai skor bebas visa 180, bererti ia menyediakan akses bebas visa ke 180 daripada 227 destinasi perjalanan di seluruh dunia.

Antara negara yang boleh diakses pemegang pasport Malaysia tanpa visa ialah Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Itali, United Kingdom, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat.

Berdasarkan data sejarah dikongsi Henley, ranking tertinggi pernah dicapai pasport Malaysia ialah tangga kelapan pada 2014.

Kedudukan pasport Malaysia merosot selepas itu dan gagal mencapai tangga 10 teratas sejak itu.

Tetapi, akses bebas visa meningkat kemudian, di mana pada 2021 dan 2022, pasport Malaysia di tangga ke-13 yang memberi akses bebas visa ke 176 negara.

Singapura mendahului senarai itu dengan skor bebas visa 192. Thailand dan Indonesia di tangga ke-64 serta 69.

Indeks itu menyenaraikan semua 199 pasport dunia berdasarkan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), semak balas setiap satu terhadap semua 227 destinasi perjalanan di seluruh dunia, termasuk negara tidak mengeluarkan pasport mereka sendiri.

Bagi setiap destinasi perjalanan tidak memerlukan visa atau boleh mendapat kebenaran perjalanan elektronik (ETA) atau permit pelawat semasa ketibaan, skor mobiliti pasport meningkat sebanyak satu.

Tetapi, destinasi yang memerlukan visa atau kelulusan kerajaan untuk visa semasa ketibaan, tidak dianggap ‘bebas visa’ dan tidak menyumbang kepada skor itu.

Related Articles

Back to top button