Anwar

PM terima kunjungan Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Mufti Besar India yang juga Pengasas Jamia Markaz, Kerala, India, Al-Allamah Syeikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa.

Menerusi catatan di Facebooknya,Anwar berkata, beliau berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syeikh Abu Bakar di atas kunjungan tersebut

“Semoga kehadiran beliau dapat dimanfaatkan oleh kita khususnya dalam bidang kepakaran beliau mengenai kitab Sahih al-Bukhari,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.

Beliau turut memaklumkan, Syeikh Abu Bakar dijangka akan menghadiri beberapa sesi majlis ilmu termasuk Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan pada 22 Julai di Putrajaya yang akan turut dihadiri beliau sendiri.

Anwar dalam catatan itu turut berkongsi pengalaman tahun lalu diundang oleh Syeikh Abu Bakar ke Jamia Markaz yang dipimpin beliau dan terletak dalam bandar ilmu, Markaz Knowledge City di Kozhikode, Kerala.

Kata Perdana Menteri, ketika berada di Kerala untuk beberapa hari beliau menekuni beberapa inisiatif pembangunan umat, selain meluangkan masa menyantuni anak-anak yang menuntut di sana.

Related Articles

Back to top button