Sanusi didakwa kerana celupar hina institusi raja, tiada kaitan PM, MB
Isu berkaitan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan menghasut semalam adalah disebabkan keceluparannya terhadap institusi Raja-raja Melayu.
Setiausaha politik Dato’ Menteri Besar Juwairiya Zulkifli menegaskan kes membabitkan Muhammad Sanusi itu tiada kaitan perdana menteri atau Menteri Besar Selangor.
“Kerana mulut badan binasa. Jangan seronok maki orang sana sini hinggakan kebijaksanaan Tuanku Sultan (Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor) diremeh dan direndah-rendahkan martabatnya.
“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar,” kata penyandang Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati di Twitter.
Sanusi pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas dua tuduhan menghasut pada 18 Julai.
Menteri Besar Sementara Kedah itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah. Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 4 Oktober.
Pada 14 Julai, Dewan di-Raja Selangor membuat laporan polis terhadap Sanusi atas dakwaan DYMM Sultan Selangor supaya polis mengadakan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Isnin selepas menerima menghadap Ketua Polis Selangor Dato’ Hussein Omar Khan dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi di Istana Bukit Kayangan bertitah perkara berkaitan Muhammad Sanusi yang mengutus warkah meminta ampun dari baginda masih belum selesai