Semasa

Hutang Felda: PM dedah bukti , tuntut Muhyiddin minta maaf

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini melunaskan janji untuk mendedahkan dokumen kelulusan pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang ditandatanganinya.

“Saya kemukakan sebahagian dokumen perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) terkait Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang telah saya tandatangani.

“Justeru itu, saya mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepada saya,” kata Menteri kewangan itu melalui hantaran di Twitter.

Terdahulu pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang di Jalan Sekolah Kampung Raja Musa, Tanjong Karang pada Rabu malam, Anwar berjanji berkongsikan dokumen kelulusan hutang RM990 ditandatanginya pada 27 Jun lalu.

Ia setelah Muhyiddin menuntut agar Anwar membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis susulan kenyataannya yang mendakwa hutang peneroka Felda tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbiran Muhyiddin.

Tuntutan itu dikemukakan dalam surat bertarikh 18 Julai menerusi firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership.

Selain itu, dalam tempoh 24 jam daripada penerimaan surat berkenaan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mahu Anwar mengemukakan surat atau dokumen yang ditandatangani mengatakan beliau sebagai Menteri Kewangan pada akhir Jun lepas meluluskan pelupusan hutang tersebut.

Anwar sebelum ini Muhyiddin bukan sahaja tidak menandatangani dokumen berkaitan, malah mendakwa Belanjawan 2021 dan 2022 di bawah Perikatan Nasional tidak mempunyai peruntukan untuk menyelesai dan melupuskan hutang Felda.

Katanya hanya dalam Belanjawan MADANI 2023, beliau menyerahkan RM990 juta peruntukan awal bagi melupuskan hutang peneroka Felda yang berjumlah RM8.3 bilion itu.

Anwar Malam tadi ketika ditanya berapa tempoh masa diberikan kepada Muhyiddin untuk memohon maaf secara terbuka berkata, perkara itu terserah kepada bekas Perdana Menteri itu asalkan beliau tenang.

Related Articles

Back to top button