Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan bertemu belia penggiat ‘p-hailing dalam sesi dialog Temu Anwar: Selangor X Belia P-Hailing.
Melalui satu kenyataan, Anwar berkata sesi tersebut akan diadakan di Laman Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.
Jelasnya, selain tumpuan terhadap isu yang dihadapi golongan muda, sesi khas yang akan diakan pada jam 12:30 tengahari itu akan difokuskan kepada segmen penunggang p-hailing dimana mereka boleh bertanyakan soalan dan memberi pandangan.
“Justeru itu, saya ingin menjemput anak-anak muda serta para penggerak p-hailing Negeri Selangor untuk turut sama dalam sesi ini.
“Pertanyaan dan pandangan semua pihak amat dialu-alukan untuk kita sama-sama membangunkan Malaysia Madani,” katanya menerusi kenyataan yang turut dikongsikan di laman Facebook pada Khamis.
Justeru, Anwar mempelawa anak muda yang berminat hadir ke program itu mendaftarkan diri menerusi laman web temuanwar.com.