Politik

‘Saya tidak terima surat tuntutan daripada Sanusi’ – Saifuddin

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau tidak menerima sebarang surat tuntutan daripada Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaannya tentang kecurian nadir bumi dan penyelewengan dana penyelenggaraan jalan.

Menurutnya, tidak sukar untuk menghubunginya kerana beliau sentiasa bersedia, boleh dihubungi pada bila-bila masa malah tidak juga cuba untuk mengelak panggilan.

“Saya tidak terima apa-apa. Bezanya kami ialah saya boleh dihubungi bila-bila masa, dan saya tidak elak jawab telefon.

“Jadi tak terima apa-apa lagi saya di Kedah. Banyak hari di Kedah, malam ini di Kedah. Saya boleh didekati dengan mudah.

“Saya tak payah didekati sehingga 3 pagi, kalau sayalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sambutan Hari Imigresen 2023 di Putrajaya, hari ini.

Pada masa yang sama, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pusat sehenti bagi proses verifikasi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 akan dibuka di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen (JIM) di Putrajaya bermula 15 Ogos bagi mempercepatkan proses berkenaan.

Beliau berkata, majikan dan pekerja yang berdaftar boleh hadir secara jumpa terus (walk-in) di pusat sehenti RTK 2.0 itu tanpa perlu menunggu panggilan janji temu untuk hadir membuat verifikasi.

“Pusat verifikasi ini untuk memudah cara urusan majikan yang mendaftar serta mempercepatkan urusan proses RTK 2.0. PLKS (pas lawatan kerja sementara) juga dapat dikeluarkan dengan segera kepada pekerja asing yang terlibat,” katanya.

Related Articles

Back to top button