Pilihanraya

Altimet calon di Lembah Jaya, Juwairiya bakal bertemu Azmin di Hulu Kelang

Penyanyi yang juga komposer terkenal, Altimet tersenarai antara 20 calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang akan bertanding padaPilihan Raya Negeri (PRN) Selangor Ogos ini.

Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad dipertaruhkan di kerusi DUN Lembah Jaya dan ia diumumkan PengerusiPakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon KEADILAN di Shah Alam malam tadi.

Ketika ditemui pemberita, Altimet menzahirkan rasa syukur dan terharu terhadap pencalonan tersebut dan berjanji mencuba sebaiknyadalam membalas kepercayaan pimpinan parti.

“Saya rasa Alhamdulillah, diberikan tugas oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini sebagai penyelaras disana (DUN Lembah Jaya) selama sembilan bulan sebelum DUN Selangor dibubarkan.

“Ini memberikan peluang saya mengenali gerak kerja seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mengenali orang (pengundi) di sana.

“Saya mahu lahirkan kawasan yang mesra kepada lapisan masyarakat dan umur di DUN itu,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Anwar memaklumkan lebih 300 nama calon dipertimbang KEADILAN untuk bertanding dalam PRN di enam negeri.

Perdana Menteri itu turut mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli akan bertanding di DUN Hulu Kelang, kerusi dijangka ditandingi bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengumuman malam tadi turut menyaksikan kerusi DUN Batu Tiga yang sebelum ini disandang parti itu menerusi Rodziah Ismail dilepaskankepada Parti Amanah Negara (Amanah) dengan KEADILAN mengambil kerusi DUN Hulu Kelang.

Related Articles

Back to top button