Pilihanraya

Azan Ismail calon PRK Kuala Terengganu wakili parti kerajaan

Bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang, Azan Ismail akan bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Perkara itu diumumkan Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon parti itu bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) malam tadi

Pencalonan Azan juga menafikan khabar angin sejak semalam yang menyatakan kononnya Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar bakal dipertaruh di kerusi yang dikosongkan itu.

Azan merupakan Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu dan pernah menerajui kepimpinan KEADILAN Terengganu sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dari 2018 hingga 2021.

Sebagai rekod, PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya.

Ia susulan wujudnya unsur rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November lalu.

Related Articles

Back to top button