Pilihanraya

PM optimis PH-BN boleh tadbir Kedah, Kelantan

Pengerusi Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan, yakin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin boleh menawan lima negeri dalam Pilihan Raya Negeri 12 Ogos depan.

Keyakinan itu dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Padang Awam MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan semua itu boleh menjadi kenyataan sekiranya semua pihak dan jentera kesemua parti dalam kerajaan memberi tumpuan dan fokus sepanjang kempen PRN berlangsung.

“Saya nak beritahu daripada laporan yang saya dapat setakat ini, tiga negeri kukuh untuk kita pertahankan. Dan bulan lalu saya (kata) satu negeri kita boleh tambah.

“Sekarang dua (lagi) negeri kita boleh tawan dengan syarat (memberi) tumpuan dan perhatian dalam kempen ini,” katanya.

Beberapa dapatan sebelum ini mendapati kedudukan kerajaan sedia ada di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang bakal bertahan susulan rekod prestasi membanggakan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini mendedahkan data dan kaji selidik tahap kepuasan pengundi terhadap pentadbiran kerajaan PH menunjukkan hasil serupa.

Dua negeri yang dijangka mempunyai potensi besar untuk bertukar kerajaan negeri adalah Kedah dan Kelantan, yang kedua-duanya berdepan beberapa isu kritikal bukan hanya dari segi pembangunan dan pelaburan, tetapi melibatkan kemudahan asas seperti bekalan air bersih.

Related Articles

Back to top button