Semasa

Salahuddin Ayub ‘super hard working minister’

Astro AWANI malam tadi menyimpulkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai susuk pemimpin hebat dengan sifat mengkagumkan.

Melalui catatan ringkas yang disiar portal berkenaan, Astro AWANI menyarankan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu wajar dikenang dan diingati sebagai ‘seorang ‘super hard working minister’

‘Pengalaman Astro Awani sentiasa berinteraksi dengan Allahyarham melalui program ‘Pantau Kos Sara Hidup’, ‘Pantau Agenda Reformasi’, ‘Agenda Awani’ dan ‘Dialog Poket Rakyat’ cukup untuk menyimpulkan keperibadian sosok tubuh pemimpin berjiwa rakyat ini.

“Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub seorang yang kuat bekerja;emimpin yang mengutamakan idea dan pantas menterjemah idea kepada tindakan yang kita dapat saksikan banyak langkah menerusi inisiatif rahmah; responsif terhadap permintaan, desakan, rayuan pelbagai pihak dan ‘result oriented’.

Selain itu Astro Awani turut berkata Allahyarham selalu bersifat terbuka untuk ‘engage’ pelbagai pihak merentas pelbagai spektrum, tanpa mengira kawan dan lawan

Walaupun sebagai seorang pemimpin kerajaan, Allahyraham tidak sombong dan tidak mengutamakan protokol. Dalam masa sama juga seorang pemimpin yang tidak cepat melatah

“Bagi Ketua Pengarang Astro AWANI Ashwad Ismail, pengalaman bekerjasama, berinteraksi, berdebat dan berhujah dengan Allahyarham sarat dengan pelbagai warna dan dinamik.

“Seorang yang baik hati, mudah dan sering terbuka untuk berinteraksi demi membangunkan negara dan memastikan kebajikan rakyat terjaga,” kata catatan tersebut.

Related Articles

Back to top button