Semasa

‘Sebelum tidur malam, saya maafkan semua orang yang menyakiti saya’

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkongsikan satu sifat mengkagumkan yang ada pada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia semalam.

Katanya, Allahyarham telah membiasakan diri untuk memaafkan semua orang yang menyakitinya pada setiap malam.

Melalui satu hantaran di Facebook, Sim berkongsikan perbualan yang diingatinya dengan Salahuddin yang merupakan bekas bosnya di Kementerian pertanian dan industri asas tani dari 2018 hingga 2020 dimana beliau adalah timbalan kepada Allahyarham.

“Sim, kamu tahu kenapa saya reda dan senang hati setiap hari?

“Setiap malam, sebelum saya tidur, saya maafkan semua musuh saya dan orang yang menyakitkan hati saya. Barulah saya tidur.

”Ini ajaran bekas bos saya, Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada saya. Beliau begitu baik hati dan peramah,” kongsi Sim.

Salahuddin meninggal dunia di hospital malam tadi, dua hari selepas dia dikejarkan ke hospital berikutan mengalami pendarahan otak.

Melalui hantaranya, Sim memaklumkan beliau sempat menziarahi bos lamanya itu di hospital petang tadi dan menangis sepanjang perjalanan pulang dari Alor Setar ke Pulau Pinang.

“My heart was broken (hati saya luluh),” katanya.

Related Articles

Back to top button